About Me

Thursday, December 16, 2010

Skytrex

11/12/2010, Sabtu

Plan asal jam 9.30pg jumpe di Sg.Besi ,
Tp Last nya 10.30 bru gerakkan ,bak kata amir Janji melayu hahahah.....
memandangkan ramai y cancel last minute 
hanya aku ,bell, amir and syaf jer y g..xpela enjoy gak sne sbb ade gak group lain .

bas y bawa kami ker sne hihi sori la yer tarikh kat pic nie xtukar plak ..
jam 12 kami sampai ,org dah nak makan nasi  kite bru nak mula panjatkan
bgsnya plan.
actly mamat y tlg aku pkai benda nie ,adalah adik bell ..sebb dia gak la kiteorg dtg sini hihih

Ambik tinggikan huhu mula2 aku agak cuak gak la ..
bayangkan naik tangga dia pun aku stop kat tengah2 sebb tangan dah skit gile dah time tu
bila nak trn jer uish berpeluh gak tp bila trn jer flyying fox tu x igt ape dah memnag best gile arr
ini flayying fox y kedua ..agak pendek sedikit yer ..
harap maaf kualiti gambar amat buruk seb b kak bell kite tgl kan camera =(
ini la bell , masa mula2 kenal dia nie , kiteorg biasa2 jer
xdela rase kami ni sekepala ,,,bila dah kenal lame bru tau huhu
ape2 pun best hangout dgn ko bell ...
huhu ni la group y satu lagi pakcik nie blh tahan la best gak borak dgn dia
huhu ..baik gak dia tlg ambik kan jam bell y jatuh tu
terima kasih pakcik yer ..

akhirnya kami berjaya mengharungi 26 cabaran yehaaaa
before balik posing dlu yooo ..
akibatnya esoknya aku demamkan sgt la seronok ..
next trip with them Broga hill









Wednesday, December 8, 2010

umah sewa

uhwaaaaaaa rase nak nangis pun de gak nie 
korunk tau dak aku penat dh cri umah nie 
emm masalah gile pasal umah nie 
erk ...

pada sesape y tau pasal umah sewa area 
shemalin ,pandan jaya , pandan indah roger ar aku 
ek 
pertolongan anda sgt membantu 

Friday, November 5, 2010

5/11/10 - 12.30

Rasa pening apabila tgk laptop lame nak mati huhu akhirnya aku berjaya buat part drawing tu ..
betul la kata pepatah "Practise Make Better" aku rase aku akan pegang ayat tu sampai bila-bila

bagi hilang rase pening kat mata nie ..aku cuci la mata kejap kat balcony , ada sesuatu yang menarik perhatian aku , terlihat seorg ayah sedang melayani anak perempuannya mandi sweet sgt , si ayah menyanyi sambil membuat pelbgai gaya demi melayan kerenah anaknya y aku rase bru berusia 1 thn .Teringat aku pada ayah y ketika ini berada di johor (kg sye)..En.Kamaruddin.

Sewaktu aku kecil ayah sentiasa melayani aku ..aku kan anak sulong dia hee..perkara y xkan aku lupe ..ayah selalu main pondok2 dgn aku buat gua guna tilam .pastu main nak patung huhu seronok jer ..

Pic aku berusia 3thn ..smart kan pic nie huhu ayah ambik hu

dARi aku kecil sampai aku besar ayah memang suke ambik gambar ,sure aku la yang akan posing sana sini. akibatnya  anak ayah ni sampai besar gila camera huhuhu... Dan aku rase minat aku dlm bidang design nie . sebb ayah gak kot. nak kata aku pandai melukis tu  x la tp bln la  kan. Tp disebab minat aku ceburi bidang design, demi ayah dan ibu aku akan cuba dptkan  ijazah utk mereka. Aku nak jdi contoh utk adik2 walaupun aku xla pandai mane .AYAH ALONG NAK MINTA MAAF SEBB ALONG PENAH KECEWAKAN AYAH, TP ALONG JANJI ALONG TEBUS BALIK SEMUA .

ni la hasilnya selama 4 bln aku stdy kat UNIKL IPROM dlm cos Industrial Design  hee ok x ..ade g tau tp ni jer mampu tunjuk...

Bagi aku IBu (Siti Aziah Bt Abu Zarin) insan yang sgt bertuah kerana memiliki seorang suami seperti ayah.Ibu penah cerita , masa ibu dlm pantang  ayah la yang cuci luka ibu  even dodoikankan aku waktu mlm2 pun kadang2 ayah yang buat itu terbukti sampai aku besar dan dah ade adik2 ayah sitll bgn tgh2 mlm kalo anak2 dia sakit  or ape2 jadi kat kiteorg . 

Tanpa ibu x wujud la kami ,Ibu tetap dihati  walupun dlm coretan ini byk pasal ayah jer kan hhehehehe ... Ibu  My Super MOM...Terbaik La bu ..... ibu la y suapkan kami bg susu sampai aku besar mcm skrg nie la ..Kadang2 aku tgk ibu blh buat mcm2 benda dlm 1 hari jer ..Pagi2 bgn  masak pastu g tlg kat belakang...kalo kiteorg sakit ibu gak la y urutkan hiiii manjekan ala bukan selalu nanti along urut pale ibu balik k heee ...Aku rase bertuah kerna ada ibu sehebat Siti Aziah bt Abu Zarin .

Bila aku lihat pada kedua ibu bapa aku , aku mula terfikir pada kehidupan aku sekarang  yang akn meningkat ke 23thn pada tahun 2011. Mungkin 1 hari nanti aku akan ade keluarga  sendiri . Dan aku menjdi seorg isteri , ibu, wan dan moyang ( kalo usia dipjgkan ) EEmmm mampukan aku menjadi sehebat ibu dan adakah aku bahagia seperti ibu, kerna mempunyai seorg suami seperti ayah..sesungguhnya aku seorng insan  yang inginkan kebahagian di dunia dan akhirat  amin .

Tuesday, October 26, 2010

Thursday, October 21, 2010

curi masa seketika

Memandangkan aku aku terlalu sibuk utk bln ni 
sampai aku lupe kat blog nie huhuh tetiba rase nak tuliskan huhu...
so aku sje nak list kan projek2 yang perlu dihantar pada MINGGU DEPAN
  1. Graphic Communication = 25/10
  2. Studio 1 =26/10
  3. Solid Modeling = 29/10
  4. Ergonomic =2/11
  5. Pro E = 3/11
wah terbaik gile x penah aku dpat projek byk mcmni wei
igt ambik kos design nie senang tetapi subhanallah 
seksa gak ek huhu tp ape blh buat nie minat aku 
For Final EXAM
  1.  Graphic Communication = 8/11
  2. Solid Modeling = 11/11

1 time dlm hidup aku final exam 2 paper jer hhuhu
sikit gle huhuhu...

nota hati : ibu ayah tolang doakan along berjaya yer ..ampunkan salah silap along yer bu ayah ...syg ibu ayah n adik2 ku ..luv u all



pic ini diambil pada 21 March 2010 majlis perkahwinan makcu sye n my bezday


Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya




Sempena bulan yang mulia ini aku mohon sepuluh jari ampun dan maaf segala kesalahan yang aku  lakukan dalam masa yang sedar mahun pun tidak sedar..

harap di maafkan yer 0-0 ok huhuhu..

P/s : hati-hati semasa memandu ok ..tepan jam 3 pagi aku bergerak ker kg halam zommmmmmmmmmmmmm
oooo balik kampung ooo balik kampung hati girang


SELAMAT HARI RAYA SEMUA

Saturday, September 4, 2010

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akanmengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamudan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

P/s: tahniah tu abg azram n kak roy akhir mereka ker jinjang pelamin jua..
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”


nota hati: aku pernah alaminya ..dan aku pernah melakukannya ..walaupun dia xmungkin menjadi milikku aku sentiasa mendoakan kebahgianmu bersamanya...Sukma<<<@ 06-08

Saturday, August 14, 2010

sakit jer hati

aku xtau ape salah aku ,
ape silap aku,
sampai macam tu sekali ko benci kat aku
tiap kali aku on je ko terus offline ,
10syen aku mcmni ,
cara paling senang adalah me-remove ko dri FB aku
sEnanG Cita ,
Ko xyah g nak offline,kesian plak nanti tgh duk chat dgn awek2 tetibe ko offline kan
so Selamat Tinggal Adiosssaaa
Wak Lu......

Wednesday, June 9, 2010

Diari seorang isteri

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa

Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Thursday, May 6, 2010

Learn From This

A
mouse looked through the crack in the wall

to
see the farmer and his wife open a package.


"What
food might this contain?"
The
mouse wondered.
He was devastated to discover it was a
mousetrap.


cid:003101ca687d$d74e8b10$815d0d29@acer47cbe8a5ed

Retreating
to the farmyard,


the
mouse proclaimed this warning
:

"There is a mousetrap
in the house!


There
is a mousetrap in the house!"


cid:003201ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

The
chicken clucked and scratched,


raised
her head and said, "Mr. Mouse,


I
can tell this is a grave concern to you,


but
it is of no consequence to me.


I
cannot be bothered by it."


The
mouse turned to the pig and told him,


"There
is a mousetrap in the house!


There
is a mousetrap in the house!"


cid:003301ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

The
pig sympathized, but said,


"I
am so very sorry, Mr. Mouse,


but
there is nothing I can do about it


but
pray..


Be
assured you are in my prayers."


The
mouse turned to the cow and said,


"There
is a mousetrap in the house!


There
is a mousetrap in the house!"


cid:003401ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

The
cow said, "Wow, Mr. Mouse. I'm sorry for you,


but
it's no skin off my nose."


So,
the mouse returned to the house,


head
down and dejected,


to
face the farmer's mousetrap


.
. .. Alone... ..


That
very night


a
sound was heard throughout the house


--
the
sound

Of

a
mousetrap catching its prey.


The
farmer's wife rushed to see what was caught.


In
the darkness, she did not see it.


It
was a venomous snake


whose
tail was caught in the trap.


The
snake bit the farmer's wife.


cid:003501ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

The
farmer rushed her to the hospital.


cid:003601ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

When
she returned home she still had a fever.


Everyone
knows you treat a fever


with
fresh chicken soup.


So
the farmer took his hatchet to the farmyard


for
the soup's main ingredient:


cid:003701ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

But
his wife's sickness continued.


Friends
and neighbors


came
to sit
with
her


around
the clock.


To
feed them,


the
farmer butchered the pig.


cid:003801ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

But,
alas,


the
farmer's wife did not get well...


She
died.


cid:003901ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

So
many people came for her funeral


that
the farmer had the cow slaughtered


to
provide enough meat for all of them


for
the funeral luncheon.


And
the mouse looked upon it all


from
his crack in the wall


with
great sadness.


So,
the next time you hear


someone
is facing a problem


and
you think it doesn't concern you,


remember
---


cid:003a01ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

When
one of us is threatened, we are all at risk.


We
are all involved in this journey called life.


We
must keep an eye out for one another


and
make an extra effort


to
encourage one another.


cid:003b01ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

YOU
MAY WANT TO SEND THIS


TO
EVERYONE WHOHAS EVER


HELPED
YOU OUT...


cid:003c01ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

AND
LET THEM KNOW


HOW
IMPORTANT
THEY ARE.


-
REMEMBER -


EACH
OF US IS A VITAL THREAD


IN
ANOTHER PERSON'S TAPESTRY.


OUR
LIVES ARE WOVEN TOGETHER


FOR
A REASON.


One
of the best things to hold onto


In
this world is a FRIEND.


cid:003e01ca687d$d7619de0$815d0d29@acer47cbe8a5ed

Wednesday, March 31, 2010

March

March bulan yang paling gembirakan dalam hidup aku, xpenah aku rasa segembira mcmni dri awl bln march hingga akhir march ..al-maklum lah along sidiq aku kawin, makcu aku sudah ade pakcu, and my bezday yang penuh dgn kejutan....3 kali 2 huhuhu 1 mase makcu kawin kebetulan hari itu merupakan majlis perkahwinan makcu pada 21 march 2010 tgh dok sebok2 tangkap gambar sebijik kek keluar kan ya allah malu nye tp seronok sgt thank you ayah n ibu and also to maktam coz nyanyikan lagu huhuh


1 kek yang aku dapat pada 21 march 2010

23 march 2010 merupakan hari malas aku coz kena mula kerja balik adoyai wat keje mcmnak x nak jer huhuh..tepat kul 12 aku mula la main fb secara terang-terangan kikiki coz bos aku rehat ..tp tetibe aku pelik asl diaorg xkuar2 g nie bila diaorg kuar jer aku pun ape g main fb ar..huhuh
tp ada udang disebalik mee rupa nya tetibe rachel PR Bar Council Dtg kat aku tekejut nak gile aku kantoi hahahaha tp bila aku pusing tgk ade sebijik kek dri Chiam so sweet diaorg igt gak harijadi aku tp aku rase diaorg tau sure dri FB ,terima kasih FB hahahah

2 kek yang aku dapat dimeja aku yang bersepah sikit hihihi byk keje kan kikiki thank chiam,sumitra,and nik

26 march 2010 tetiba jer joe ajak lepak..kak aida beriya-iya kata kamu jangan balik plak minggu nie ..mula2 aku syak gak la diaorg nak smbut bezday aku tp xkan akak n joe ..sbb yang lain semua kata xtau pape pelik gak ,emm ok pikir biasa jer la..lepas keje mcm yang dijanjikan g lepak kat kfc tp sampai kat kfc aku nak g topup aku suruh kak aida n joe naik dlu ..bila aku nak naik je joe ade kat bwh plak asl mamat nie mcm nak lindung aku jer tp bila sampai jer kat atas tu haaaaaaaaaaa alangkah terkejut n terharunya aku bila semua org ade kak sai kak eina mimi bob hussin tony kak aida n joe ..rupanya meraka da rancang aduh terharunya 1 time dlm hidup aku dpt kejutan mcmni huhuhu syg korunk ..thnk 4 da teddy bear and cute card


3 kek terima kasih semua sayang korunk sgt

31 march 2010 merupakan hari terakhir bln yang mengembirakan aku..tp rupa nya ade yang bersedih disaat aku gembira 21 march 2010 hari yang bermakna utk aku tp kenangan pahit buat shah sahabat aku..takziah atas pemergian ibu mu yang di kasihi al-fathihah moga shah tabah yaa...


Aprillllllllllll moga-moga bulan yang ceria buat diri ku amin ..

Sunday, February 21, 2010

Worknig is ma life right now

Hidup aku skrg ,,hanya tau kerja kerja kerja....aku rasa dgn cara itu aku blh tambah pengalaman aku yang sememangnya sedikit ni huhuhu...and yang paling penting hati aku tenanng jer ...amin.. tp kadang2 jiwa kaco gak uhuhuhu..lumrah hidup ..
But pagi nie aku happy sgt coz ma fren yang da lama aku kenal but xpenah aku jumpe.. contc balik ...serius mati2 aku igt dia da meninggal dunia coz ada someone bagi tahu dia meninggal dunia ..masyallah perkataan mati diaorg bt bhn mainan...dia nie walaupun aku xpenah jumpe coz dia tidak berada di Malaysia...(mcmne nak jumpe Tu) ..tp dia baik sgt ..dia byk gak la bg aku nasihat, blh share everything bila aku susah hati..and yang bestnya dia masih blh igt perkara yang 3 tahun lepas , itu menunjukkan dia sgt prihatin dgn kwn dia ni..xmcm org yang aku benci skrg ,sikit xpenah nak igt..nak kata otak tu lembab ade plak diploma kan..tp xpela aku doa kau bahgia moga2 ko rasa ape yang aku rase nie amin...
2 ma frenz yang ada di california tu ,thnx coz be ma fren and u always make smile thnx a lot yaa.. hope we still be fren 4 ever. although
we have our own career and family(someday) ...and 1 more thing ,bila la dapt jumpe u kan huhu..balik la malaysia nie huhuhuhu

Monday, February 8, 2010

Things You Probably Never Knew or Thought About

1. At least 5 people in this world love you so much they would die
for you.
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

2. At least 15 people in this world love you in some way.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to
be just like you.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't
like you.
Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. You mean the world to someone.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. If not for you, someone may not be living.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. You are special and unique.
Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Someone that you don't even know exists loves you.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from
it.
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. When you think the world has turned its back on you, take a look:
you most likely turned your back on the world.
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. When you think you have no chance of getting what you want, you
probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or
later, you will get it.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.

13. Always remember the compliments you received. Forget about the
rude remarks.
Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much
better when they know.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang
bila seseorang mengetahuinya.

15. If you have a great friend, take the time to let them know that
they are great.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.



Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk
menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk
melupakannya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada
yang lebih baik

Monday, January 18, 2010

Tuesday, January 12, 2010

Jodoh

nape sejak akhir2 nie ramai org2 yang aku kenal semua da kawin or da bertunang wawaawaw ..Tahniah

Tp iyanye menjadi 1 masalah kat aku coz org mula bertanye ,aku dengan siapa skrg..
aduh benci btol soalan tu huuu bila aku jwb xde blm mase nye g n nak kumpul harta..
mula la ade suara2 yang menasihati aku
" syai kamu da 22 tahun ,kamu kena ade 'someone' dlm hidup kamu"....
argh..bukan aku xnak tp bila jodoh itu blm tiba lagi nak wat mcmne ...rezeki aku xmcm korunk aku blm jumpe seseorg yang betul2 ikhlas dgn aku...aku da xsanggup kecewa lagi ...serik huhu
tp aku yakin ..aku akan jumpe gak 'Someone' itu...
(22tahun muda g kot skrg zaman moden lain la time ibu aku da kawin da dgn ayah aku huhu)

Pada mereka yang kata aku ni memilih...emmm salah ker aku pilih yang terbaik
rupa paras n harta bkn ukuran bagi aku... sape yang pernah kenal aku ,korunk aku tau kan ex aku dlu pun org biasa jer
ape yang penting hati kite ini...dan hati pasangan kite
boleh menerima kite seadanya ,baik buruk kite ..dan kite blh terima dia seadaya.. yang paling penting menjadi pembimbing kite agar kite tak sesat dri jalan allah
kecantikan , kesihatan, harta hanya sementara...la xblh bawak mati pun kan....

Idola pasangan bahagia aku adalah my mom and dad..coz
mereka sgt sayang menyayangi antara 1 same lain...so lovely...